0
Komen

7 cara menghilangkan perasaan malu

Views
ASSALAMMUALAIKUM....harinie IELA nk share 1 statement kt anda smua....7 cara menghiangkan perasaan malu... kta bca kt bawah 2 yew....ngeee~




cara menghilangkan perasaan malu
Perasaan malu yang akan diterangkan adalah dari konteks perkara yang menghalang daripada kemajuan diri sendiri. Sebagai contoh, seorang yang malu untuk membentangkan hasil kerja mereka di khalayak ramai, malu untuk berkomunikasi dengan orang lain dan sebagainya. Untuk lebih memudahkan pemahaman adalah mengenai perasaan malu yang tidak bertempat. Ia sepatutnya tidak perlu wujud di dalam diri anda.
Sebelum menerangkan mengenai cara menghilangkan perasaan malu, anda perlu tahu terlebih dahulu mengenai faktor yang menyebabkan seseorang menjadi pemalu. Perasaan malu wujud adalah disebabkan terlalu memberi tumpuan terhadap diri sendiri dan terlalu banyak kebimbangan. Berkemungkinan mereka terlalu memikirkan kesempurnaan terhadap sesuatu perkara yang dilakukan. Ia adalah amat baik sekiranya anda mementingkan kesempurnaan, tetapi anda tidak perlu memikirkannya sehigga ia mampu untuk mempengaruhi tindakan anda. Bagaimanakah cara untuk anda menghilangkan perasaan malu?
Mentaliti- Anda sepatutnya tidak terlalu memikirkan mengenai tanggapan orang lain terhadap diri anda. Lakukan sesuatu dengan cara anda yang tersendiri. Pasti anda berjaya mengawal situasi walaupun sebenarnya anda berasa malu.
Latihan- Untuk menghilangkan perasaan malu juga memerlukan latihan. Mulakan latihan dengan cuba berkomunikasi dengan orang yang rapat dengan anda. Kemudian latih pula diri anda untuk berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali.
Fokus- Fokuskan terhadap perbualan yang sedang dilakukan dan bukannya memikirkan mengenai diri sendiri. Orang lain lebih selesa sekiranya anda menjadi diri anda yang sebenar.
Bertanya soalan- Untuk mengekalkan sesuatu perbualan, anda perlu bertanyakan soalan. Jangan berasa malu untuk bertanya. Ini adalah cara terbaik untuk mengelakkan anda daripada terus membatu.
Imaginasi- Jangan cuba bayangkan apa yang orang lain fikir mengenai setiap kenyataan anda. Biarkan mereka yang membuat keputusan samaada bersetuju ataupun tidak.
Keyakinan- Bina keyakinan diri sendiri secara berperingkat.
Perwatakan- Cuba lakonkan seperti anda sebenarnya tidak berasa malu. Pasti lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan sesuatu situasi itu.

p/s: tq bca entry iela...penggunaan perkataan dlm blog iela adalah rojak (^_^)

0 00 cercite at cOlOuRfUlL mEmOriEs:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Close
 
warna warni kehidupan - Soft Green And White Polka Template - Design By bungabungacinta