0
Komen

LIYANA JASMAY BERTUNANG

Views
Liyana Jasmay Pakai Baju Bertunang Harga RM10,000

LIYANA JASMAYPAKAI BAJU TUNANG BERNILAI RM 10,000
KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Liyana Jasmay, 24, mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini yang berharga RM10,000 pada majlis pengumuman pertunangan dengan pasangannya, Fathuddin Mazlan, 28, di kediamannya di Kemensah Height di sini semalam.
Pelakon filem Khurafat arahan Syamsul Datuk Yusof Haslam itu tampil anggun pada majlis yang turut menempatkan sebuah pelamin khas yang direka di mana ia menambahkan lagi kemeriahan upacara itu sehingga menarik perhatian banyak lensa jurugambar media massa.
Majlis itu dimulakan dengan bacaan doa dan diiringi perbincangan oleh bapa saudara yang mewakili pihak lelaki iaitu Datuk Abdul Rauf serta membawa bersama lima hantaran antaranya berupa set wangian Gucci, telekung, sebentuk cincin, sirih junjung dan kek cawan.
Sementara pihak perempuan pula membalasnya dengan tujuh dulang hantaran seperti senaskah al-Quran, satu set butang baju Melayu, sebiji kek, sehelai samping, biskut, minyak wangi jenama Dunhill dan kek cawan pada majlis yang diadakan pada sebelah malam itu.
Keluarga kedua-dua belah pihak telah bersetuju menetapkan tarikh pasangan bakal pengantin itu pada 24 Januari 2013 sebagai tarikh pernikahan mereka, sekali gus melenyapkan gosip hubungan intim antara Liyana dan Syamsul Yusof yang pernah dilaporkan sebelum ini

CREDIT TO: MYNEWSHUB

p/s: tq bca entry iela...penggunaan perkataan dlm blog iela adalah rojak (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Close
 
warna warni kehidupan - Soft Green And White Polka Template - Design By bungabungacinta