Yusry, Lisa Surihani Nikah 23 Februari ini
KUALA LUMPUR – Pasangan pelakon yang sedang hangat bercinta, Yusry Abd. Halim dan Lisa Surihani mengeesahkan akan bernikah pada 23 Februari tahun depan.
Yusry yang juga anggota kumpulan KRU dan pengarah filem mengumumkan perkara tersebut kepada wakil-wakil media massa di sini hari ini.
“Diharap keputusan ini akan melenyapkan segala desas-desus tentang hubungan serta gosip kami selama ini,” katanya.
Yusry yang sebelum itu pernah berkahwin dengan Erra Fazira tetapi bercerai selepas beberapa tahun hidup bersama manakala ia perkahwinan pertama buat Lisa.