0
Komen

4 cara untuk meningkatkan lagi daya penglihatan

Views
ASSALAMMUALAIKUM....
hye...ha nie tip baru untuk MENINGKATKAN LAGI DAYA PENGLIHATAN ANDA....kat tip dibawah anda boleh dapat 4 cara....anda kna baca nie...untuk kepentingan dri kta jgak...


Makan makanan yang membantu untuk menerangkan lagi penglihatan anda- Mata kita memerlukan beberapa nutrien yang membantu untuk meningkatkan fungsinya. Antaranya ialah vitamin A,C dan E membantu untuk meningkatkan lagi kadar penglihatan. Antioksida pula boleh membantu makula daripada rosak apabila terkena sinaran matahari. Ejen antioksida ini boleh didapati didalam kandungan sayur-sayuran hijau gelap, kuning telur, labu, ubi, lobak merah dan pelbagai jenis lagi. Makula adalah satu jenis penyakit yang menjadi punca utama kebutaan. Makanan yang kaya sulfur, sistein, dan lesitin seperti bawang putih dan bawang merah membantu melindungi lensa mata anda dari pembentukan katarak. Untuk mengelakkan mata anda daripada dehidarasi, anda dinasihatkan untuk minum air sekurang-kurangnya sebanyak 8 gelas sehari.
Lakukan senaman terhadap mata anda-  Mata juga merupakan satu organ yang perlu diberikan senaman. Senaman ini amat baik dilakukan ketika waktu pagi, sebelum tidur atau ketika mata anda berasa penat. Pastikan tangan anda bersih sebelum mulakannya. Cuba amalkan setiap hari dan anda akan melihat hasilnya dalam masa satu bulan. Di bawah adalah beberapa jenis senaman yang anda boleh lakukan.
  • Gosok tapak tangan sehingga menghasilkan haba kepanasan, kemudian tekapkan tangan ke mata anda selama 5 saat. Ulangi lagkah ini sebanyak 3 kali.
  • Pusingkan mata anda 360 darjah sebanyak 10 kali mengikut arah jam, kemudian 10 kali lagi mengikut arah lawan jam.
  • Pegang sebatang pensel, fokuskan pandangan anda terhadap hujung mata pensel itu. Pastikan hujung pensel selari dengan mata anda. Kemudian, dengan perlahan-lahan dekatkan lagi pensel sehingga terkena hujung hidung anda. Jarakkan batang pensel kembali ke kedudukan yang asal. Ulang langkah ini sebanyak 10 kali.
  • Urut secara membulat di bahagian luar sekeliling mata anda menggunakan ibu jari.
  • Apabila mata anda berasa letih, pejamkan mata anda dan berehat sebentar sekurang-kurangnya 3 minit.
Elakkan daripada faktor luaran yang boleh merosakkan mata anda- Seperti yang anda ketahui, faktor luaran seperti lampu neon, skrin komputer, habuk persekitaran, klorin di kolam renang, penghawa dingin, membaca dalam pencahayaan malap, dan menggosok malar mata mampu menyumbang untuk kerosakan mata. Selain daripada itu, anda juga dinasihatkan untuk tidak merokok untuk mengehadkan pendedahan terhadap asap rokok kerana ia boleh meningkatkan tekanan optik. Jangan lupa memakai kacamata hitam untuk melindungi mata anda dari paparan sinar UV.
Dapatkan tidur yang cukup- Mendapatkan tidur yang cukup juga sangat penting untuk kesihatan mata anda. Waktu tidur membolehkan mata anda untuk berehat sepenuhnya. Kurang tidur akan melemahkan lagi penglihatan anda. Rehatkan mata anda selepas satu jam anda berkerja, 10 minit untuk setiap 50 minit yang dihabiskan membaca atau di depan komputer. Jika mata anda merasa terlalu letih, baring sebentar  dan pejamkan mata anda


p/s: tq bca entry iela...penggunaan perkataan dlm blog iela adalah rojak (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Close
 
warna warni kehidupan - Soft Green And White Polka Template - Design By bungabungacinta