2
Komen

petua kecantikan

Views

ENTRY KALI NIE BAB PETUA KECANTIKAN



1) AWET MUDA -


Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Lagipun, senyum kan 


sedekah. Kemudian, rajinkan berwudhuk, ia akan menambahkan seri wajah kita selain 


membersihkan wajah kita dari kotoran dan minyak. Selain daripada itu, cubalah ikut petua 


berikutnya:


a) Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air 


rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu 


sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
b) Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

2) MELENTIK BULU MATA -
Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini 


ada satu cara 


yang boleh diamalkan :-

a) Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya 



berterusan.

3)MELEBATKAN BULU KENING -
Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada  


kening setiap hari sebelum tidur.


Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.


4)MELEBATKAN BULU MATA -
Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan 


selalu.

#semuanya diatas atas adalah petua. jangan terlalu taksub sehinggakan kita terlupa bahawa 



semuanya datang 


dari ALLAH tetapi dilakukan atas usaha masing2.. InsyaAllah, Allah ciptakan setiap perkara 


ada 


kegunaannya..wallahualam#
p/s: tq bca entry iela...penggunaan perkataan dlm blog iela adalah rojak (^_^)

2
Komen

pEtUa MeNgHiLaNgKaN pErUt BuNciT

Views


HARI NIE ADA TIP2 UNTUK ANDA...

 PETUA MENGHILANGKAN PERUT BUNCIT.



1) Makan Dengan Perlahan – 
Semasa makan, elakkan daripada berdiri dan cuba kunyah dengan perlahan kerana makanan yang tidak dapat dihadam akan menimbulkan banyak gas.

2) Jangan Minum Teh –
Semasa makan, jangan minum air teh kerana Daun teh boleh mengakibatkan protein daripada makanan anda mengeras dan sukar dicerna.

3) Kurangkan Pengambilan Garam –
Terlalu banyak garam hanya menambahkan lagi sodium dalam badan dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit. Tetapu sunnah jika anda makan secuit garam sebelum makan. :)

4) Jangan Tidur Lagi –
Makanan yang anda baru ambil itu pastinya tidak dapat dicerna dengan baik dan boleh menyebabkan jangkitan kepada usus sekiranya anda terus tertidur atau terasa mahu tidur.

5) Jangan Mandi –
Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda. Kalau boleh, sebelum makan, mandi dahulu.

♥ ♥

selamat mencuba hihihi
p/s: tq bca entry iela...penggunaan perkataan dlm blog iela adalah rojak (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Close
 
warna warni kehidupan - Soft Green And White Polka Template - Design By bungabungacinta