0
Komen

Rozita Che Wan Main Futsal Sampai 2 Pagi.kekal langsing

Views

 Rozita Che Wan Main Futsal Sampai 2 Pagi.kekal langsing

KUALA LUMPUR – Pelakon jelita, Rozita Che Wan sangat serius menjaga kecergasan dan potongan badannya apabila mengaku sanggup ke gelanggang Futsal selepas jam 12 malam dan bersukan sehingga jam 2 pagi.
Menurut ibu tunggal itu, selepas bersukan selama dua jam di gelanggang futsal, barulah dia akan pulang ke rumahnya untuk berehat dan tidur.
Berkongsi tips untuk kekal langsing sepertinya, Rozita, 39, memberitahu bahawa dia sering mengelak mengambil minuman bergas untuk mencegah perut buncit.
“Saya elak mengambil minuman bergas kerana takut perut buncit. Saya pun kuat juga bersukan. Kalau balik rumah pukul 12 malam, saya pergi main futsal dulu sampai pukul 2 pagi. Lepas tu baru tidur,” katanya yang dipetik dari Mstar Online, baru-baru ini.
Selain itu, artis yang pernah digosip menjalinkan hubungan dengan Shahir AF yang jauh lebih muda darinya itu juga hanya mengambil nasi sekerap dua kali sehari sahaja.
Di dalam wawancara tersebut, Rozita turut menafikan gosip yang menyatakan bahawa anak lelakinya, Aniq Ezra Azuar Effendi, 14, lari dari rumah disebabkan tidak berpuas hati dengannya yang mahu berkahwin dengan seorang lelaki yang berstatus ‘Datuk’.
“Haa… haa… kalau betul saya nak kahwin Datuk, mestilah anak saya suka. Datuk mestilah kaya,” katanya berseloroh mengenai dakwaan tersebut.
Sebaliknya, calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) itu menjelaskan bahawa Aniq Ezra merajuk kerana berkecil hati dengan sikap ibunya yang dikatakan terlalu melebih-lebihkan abangya, Ammar Effendi yang berusia 15 tahun.
Rozita adalah merupakan selebriti hiburan yang sering mendapat perhatian media ekoran rupa parasnya yang cantik dan gemar tampil seksi di majlis-majlis keraian yang sering menimbulkan kontroversi dari sudut etika pemakaian artis beragama Islam.

p/s: tq bca entry iela...penggunaan perkataan dlm blog iela adalah rojak (^_^)

Views
HYEEE


p/s: tq bca entry iela...penggunaan perkataan dlm blog iela adalah rojak (^_^)

0
Komen

5 cara sederhana redakan batuk..

Views


"5 CARA SEDERHANAKAN BATUK"


Ada lima cara sederhana untuk meredakan batuk versi Times of India.1. Mandi air hangat
Mandilah menggunakan air hangat kera ia dapat membuat tubuh menjadi tenang dan rileks. Anda akan terbebas dari sesak nafas  apabila melakukannya.
2. Minum banyak sup hangat
Tidak ada yang lebih baik dari ayam kukus panas atau sup sayuran untuk tubuh anda jika anda mengalami masalah selesema dan batuk. Sup panas tidak hanya akan membersihkan saluran pernafasan tetapi juga akan memberikan energi bagi tubuh.

3. Makan sesudu madu
Makan madu asli sesudu setiap hari adalah cara terbaik untuk menyingkirkan batuk.
4. Kumur air garam
Ambil satu sesudu teh garam dan campur dengan air hangat. Gunakan ramuan ini untuk berkumur empat kali sehari. Cara ini dinilai efektif untuk menyembuhkan atau meredakan sakit tenggorok.5. Inhalasi wap
Inhalasi atau menyedut wap sangat efektif untuk menyembuhkan batuk dan sakit kepala. Wap akan membantu mencairkan lendir yang terkumpul di dada. Wap membantu proses aliran udara dan darah kembali beredar dengan lancar keseluruh tubuh.

p/s: tq bca entry iela...penggunaan perkataan dlm blog iela adalah rojak (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Close
 
warna warni kehidupan - Soft Green And White Polka Template - Design By bungabungacinta