0
Komen

NEELOFA DITAWARKAN KEMEWAHAN OLEH VIP?

Views


meh baca gosip2 nie..hik3...
layanzzzz......
Neelofa Ditawarkan Kemewahan Oleh VIP?
KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara wanita popular, Noor Neelofa Mohd Noor sama juga seperti artis-artis lain yang tidak terlepas dari sebarang peluang untuk didekati oleh ramai pihak termasuklah dari golongan atasan yang bergelar Datuk mahupun Tan Sri.
Neelofa sendiri mengakui dirinya sentiasa diperhatikan dan setiap golongan VIP itu akan mencuba pelbagai cara dan kaedah untuk cuba mendekati dirinya.
Malah, wanita cantik itu juga turut pernah ditawarkan dengan pulangan kemewahan dan peluang perniagaan sekiranya bersetuju menjadi teman ‘rapat’ golongan tersebut.
“Siapa yang mahu perkara sebegini (gangguan seksual) berlaku dalam industri seni negara. Namun, itulah hakikatnya dan ia berlaku sejak dari dulu lagi. Saya banyak pengalaman dan diganggu secara peribadi oleh golongan VIP daripada seseorang bergelar Datuk sehinggalah Tan Sri.
“Mereka ada pelbagai cara untuk mendekatkan diri dengan saya, ada yang tawarkan kemewahan dengan memberikan peluang perniagaan, ada juga yang mahu memberikan wang. Ada juga yang menghubungi semata-mata untuk mengajak keluar makan,” kata Neelofa seperti dalam blog gosip Beautifulnara.com.
Namun, Neelofa mempunyai prinsip hidupnya sendiri yang tidak mahu kehidupannya digembar-gembur oleh cerita-cerita fitnah yang dia tidak lakukan.
Bagi wanita muda itu, dia lebih mudah untuk mengambil sikap menjaga keperibadiannya dengan sebaik mungkin kerana dia tahu dirinya menjadi perhatian umum dan kehidupan peribadinya lebih dikejar dari kisah kerjayanya.
Justeru itu, untuk menolak setiap pelawaan dan godaan dari golongan-golongan yang bergelar VIP, Neelofa lebih senang untuk berterus-terang dan memberikan maklum balas yang mudah untuk diterima yang dirinya tidak mudah untuk dipermainkan.
Kerana itu, Neelofa tidak mahu dirinya dengan mudah dikaitkan dengan pihak-pihak yang mempunyai kedudukan yang tinggi kerana tidak mahu kerjaya seninya kecundang di tengah jalan.
“Begitupun, saya ada pendirian dan tak mahu terjebak dengan perkara negatif begini. Malaysia ini kecil, apa lagi Kuala Lumpur, lambat laun orang akan tahu apa yang kita lakukan, lebih-lebih jika bergelar artis, kisah peribadi bukan rahsia.
“Untuk jangka masa panjang, saya tidak mahu perkara sebegitu merosakkan reputasi dan imej saya. Biasanya jika berdepan dengan situasi begini, saya ada cara untuk memberi maklum balas dan reaksi. Saya tolak secara berhemah, sama ada menghubungi melalui telefon atau melalui khidmat SMS,” katanya.

p/s: tq bca entry iela...penggunaan perkataan dlm blog iela adalah rojak (^_^)

0 00 cercite at cOlOuRfUlL mEmOriEs:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Close
 
warna warni kehidupan - Soft Green And White Polka Template - Design By bungabungacinta