Hampir setahun bercinta, dan dengan sekali lafaz, kisah cinta Yusry Abdul Halim, 39 dan Lisa Surihani Mohamed, 26 termetri menjadi hubungan suci suami isteri malam ini.
Pernikahan mereka berlangsung di Ballroom Hotel Marriot di sini sekitar pukul 9.10 malam dilangsungkan oleh Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed.
Majlis dimulakan dengan upacara membalas pantun mengikut tradisi Melayu lama.
Lisa menerima sebentuk cincin dan seutas rantai sebagai tanda upacara membatal air sembahyang manakala Yusry menerima sebentuk cincin tanda kasih dari Lisa.
Pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran berupa, sireh junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan sembahyang, kelengkapan lelaki, koleksi CD Beattle, keyboard, kek dan coklat.
Yusry pula menyerahkan sebentuk cincin, seutas rantai, tepak sireh, kelengkapan sembahyang, kek dan halwa.
Namun kedua pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran.
Ini merupakan perkahwinan pertama buat Lisa dan kedua untuk Yusry yang pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira.
Astro Awani turut menyiarkan secara langsung perkahwinan Lisa dan Yusry itu.
4 00 cercite at cOlOuRfUlL mEmOriEs:
Hehe nice post :)
http://f4chumel.blogspot.com/2012/01/contest-blog-superb-awesome-by-aliya.html
jom join banyak hadiah menarik untuk dimiliki…
@hzndi
tq...smua owg brckap tntg dyorang...
@Nur Aliya TQ...(^_________^)
Post a Comment