0
Komen

shida harmi.......Tolonglah…Saya Dah Nak Kahwin!

Views
hye...rinie iela nk post pasai kisah SHIDA HARMI...ala...yg fames sngt da scandal ngan apex(khairul fahmi/penjaga goal malaysia).... iela men copy paste je.....hik3...

http://mynewshub.my/2011/12/02/tolonglah-saya-dah-nak-kahwin/

Tolonglah...Saya Dah Nak Kahwin!

Tolonglah…Saya Dah Nak Kahwin!

    December 2, 2011
34 Comments
Penulis rasa simpati pula dengan Shida Harmi, wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan skandal dengan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek
Rupa-rupanya dia dah nak kahwin lagi dua minggu, tetapi kisah serta gambarnya bersama Apek terus menjadi perbualan masyarakat.
Dia akui, perkara itu sedikit sebanyak telah menganggu-gugat kepercayaan tunangnya pada dirinya.
Kekadang penulis rasa nak marah pun ada, yang dia bantai bergambar sakan dengan Apek tu siapa suruh, hah, kan dah jadi masalah sekarang.
Tetapi kalau nak difikirkan balik, yelah, Shida pun manalah sangka gambar itu akan tersebar dan menjadi kontroversi sebegini.
Mengenai screenshot Blackberry Messenger (BBM) yang kononnya dia akan mendedahkan kisah intim mereka berdua, Shida menegaskan kepada wartawan OHBULAN! ia bukan datang daripada dirinya.
“Bukan, bukan saya yang tulis macam tu. Mungkin ada pihak ketiga yang cuba menjatuhkan nama Apek, lantas mengaitkan nama saya dalam hal ini. Jujurnya, saya mengenali Apek sekitar akhir Februari. Saya akui kami keluar bersama karaoke, tapi bukan pergi berdua. Sekitar bulan March, saya mula menjarakkan diri daripada Apek apabila tahu dia akan mengikatkan tali pertunangan. Sejak itu, kami lost contact.”
Berkenaan penyebaran gambar-gambar tersebut, Shida Harmi mengesyaki penglibatan orang ketiga dalam usaha menjatuhkan reputasi Apek.
“Saya memang syak penglibatan orang ketiga kerana dia sahaja yang pernah melihat gambar-gambar berkenaan dalam Blackberry saya. Namun, saya tak akan mendedahkan namanya kerana enggan memanjangkan cerita,” tegas Shida Harmi.
Eksekutif muda ini turut merayu kepada orang ramai agar membuang gambar tersebut dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga yang bakal dibina dalam masa terdekat.
“Saya minta jasa baik semua pihak agar membuang gambar-gambar berkenaan kerana ia membabitkan maruah keluarga saya dan bakal mertua. Untuk pengetahuan, saya akan melangsungkan perkahwinan sekitar 2 minggu lagi dan cerita sebegini sememangnya mengugat kepercayaan tunang terhadap saya. Bagaimanapun, kami akan tetap meneruskan perkahwinan,” rayu Shida.
Takpelah Shida, penulis tolong panjangkan rayuan awak tu pada semua agar buang saja gambar-gambar tu.
Tetapi terus terang cakaplah, kalau dah masuk dalam internet, tujuh keturunan pun silap-silap gambar tu masih ada kat situ….apapun selamat berbahagia dan anggaplah apa yang berlaku sebagai dugaan Allah pada Shida, berdoalah dan jangan putus asa.
Moga kebahagiaan milik Shida selamanya, Amiiinnnnnnn

p/s: tq bca entry iela...penggunaan perkataan dlm blog iela adalah rojak (^_^)

0 00 cercite at cOlOuRfUlL mEmOriEs:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Close
 
warna warni kehidupan - Soft Green And White Polka Template - Design By bungabungacinta