0
Komen

pengumuman "istimewa"

Views



KUALA LUMPUR – Kecoh lagi di blog-blog hiburan terkenal tanahair apabila mendapat jemputan sidang media khas dari pasangan popular, Yusri KRU dan Lisa Surihani, yang dijangka akan menjawab teka-teki hubungan antara kedua selebriti itu.
Lebih mendebarkan, jemputan yang bertajuk ‘Pengumuman Istimewa Yusri & Lisa’ yang akan diadakan pada jam 10 pagi esok itu dikatakan bakal merungkai tarikh sebenar pernikahan pasangan tersebut.
“99% hati kami mengatakan yang sidang media khas ini akan mengumumkan bilakah tarikh perkahwinan pasangan selebriti sensasi Malaysia ini,” kata pemilik blog hiburan terkenal, Rotikaya.com.
Menurut blog itu lagi, sidang media khas yang dijadualkan berlangsung di Marriott Putrajaya Resort & Spa itu juga akan dihadiri oleh kedua ibubapa Yusri iaitu Abdul Halim dan Zarina Fenner, serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad.
“Namun apabila melihat senarai tetamu khas yang membabitkan ayah dan ibu Yusry serta ibu Lisa Surihani, Abang Nara yakin dan pasti mereka akan mengumumkan tarikh hari bersejarah mereka berdua esok.
“Abang Nara 99.99% yakin dan pasti mereka berdua akan mengumumkan tarikh hari bahagia mereka,” kata Abang Nara, pemilik blog Beautifulnara.com.
Media Hiburan Online, yang turut teruja menerima jemputan sidang media itu awal-awal lagi telah mengucapkan tahniah kepada Yusri dan Lisa.
“Biar apapun pengumuman yang bakal diumumkan, MH mengucapkan tahniah buat pasangan ini,” kata blog hiburan milik Karangkraf Sdn Bhd tersebut.
Pasangan sensasi Yusri dan Lisa beberapa kali berdolak-dalik mengenai persoalan yang diajukan mengenai desas-desus sebelum ini yang menyatakan bahawa mereka sedang merancang sebuah majlis perkahwinan besar-besaran, “Wedding of the Year”, pada Februari tahun depan.
Lisa yang malu-malu disoal wartawan mengenai dakwaan tersebut meminta agar soalan itu diajukan kepada Yusri terlebih dahulu dan berpendapat bahawa lebih manis sekiranya ‘pihak lelaki’ yang terlebih dahulu memberikan jawapan mengenai persoalan tersebut.

sambungan pda cite diatas disini yew>>>>>>>> * NIKAH 23 FEB 2012 hihihi....

p/s: tq bca entry iela...penggunaan perkataan dlm blog iela adalah rojak (^_^)

0 00 cercite at cOlOuRfUlL mEmOriEs:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Close
 
warna warni kehidupan - Soft Green And White Polka Template - Design By bungabungacinta